Featured By: Aqilah Paharuzi November 15, 2022 @ 5:51pm

10 Tahun Dalam Industri, Aqeesh Aleeya Terharu Single Ke-3 ‘Retak’ Jadi OST Drama ‘Rindu Kasih’!

Bekas peserta program realiti Terpaling Juara TV3 musim pertama, Aqeesh Aleeya, 18,  mengeluarkan single ketiga terbaharu berjudul ‘Retak’ hasil ciptaan komposer, Firdaus Rahmat dan lirik oleh Arisz Ab Rahman dan Firdaus Rahmat.

Mula berkecimpung dalam industri seni hiburan selama 10 tahun, Aqeesh membuktikan bahawa usaha dan kesabarannya membuahkan hasil apabila berjaya melebarkan sayap menerusi single ini yang dicipta khas untuk menjadi lagu OST drama bersiri terbaru TV3, Rindu Kasih.

Menurut Aqeesh atau nama sebenarnya Nur Balqis Aleeya Shahrom, lagu bergenre balada ini mempunyai keunikan tersendiri, sesuai dengan vokalnya selain berbeza daripada dua single sebelumnya.

“Sebelum ini, saya mendapat panggilan daripada abang Lan Nova Music yang mengatakan ada satu lagu untuk saya. Lagu ini juga adalah lagu OST drama Rindu Kasih yang ditayangkan di slot Samarinda, TV3. 

“Dari awal mendengar demo lagi ini ia memang sedap. Ini single pertama saya dengan genre seperti ini. Kemudian, kami berjumpa untuk berbincang berkenaan rakaman dan sebagainya. Alhamdulillah, tempoh rakaman pun tak ambil masa lama,” katanya.

Berkongsi lanjut, Aqeesh berkata dia tidak berdepan sebarang kesukaran ketika merakamkan lagu Retak.

“Alhamdulillah, saya rasa proses merakamkan single baru ini semuanya agak mudah cuma saya perlu lebih menjiwai dalam menyanyikan lagu ini,” ujarnya.

Meskipun perjalanannya dalam industri seni tidak terlalu diberi perhatian, namun Aqeesh tetap cekal bersemangat dan tidak pernah timbul rasa putus asa dalam diri.

“Saya sebenarnya sudah hampir 10 tahun berada dalam Industri ini. Saya bermula dengan pertandingan Bintang Kecil sewaktu masih berumur 9 tahun. Selepas itu banyak lagi pertandingan yang saya sertai dan dalam masa sama pernah mengacarakan sebuah program. Saya juga seorang pelakon drama dan filem.

“Biarpun agak lambat untuk berada pada tahap ini, bagi saya itu semuanya bergantung kepada usia dan juga rezeki. Macam single pertama dan kedua, saya keluarkan lagu yang bersesuaian dengan umur ketika itu iaitu genre rancak. Untuk umur sekarang ini, saya rasa dah sesuai untuk bawa lagu bergenre balada dan lagi berat,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: Terpaling Juara: Akim Kecewa, Akui Aqeesh Mampu Ikut Jejak Stacy – “Dia Ada Bakat Luar Biasa”

Ditanya mengenai persaingan dalam kalangan artis baru ketika ini, Aqeesh Aleeya menyifatkan setiap penyanyi mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing.

“Saya percaya semua artis dan penyanyi baharu mempunyai keistimewaan tersendiri. Jadi, saya tak berpegang sangat kepada konsep bersaing. Saya rasa kami semua nak memeriahkan lagi industri seni tanah air dengan cara masing-masing. Selain itu, semua bergantung kepada rezeki,” katanya.

Sebuah lagu balada yang meruntun jiwa, single terbaru Aqeesh Aleeya, “Retak” bakal dilancarkan pada 14hb. November ’22. Video muzik rasmi lagu tersebut boleh ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ pada hari yang sama jam 9.00 malam.

Drama Rindu Kasih mempunyai sebanyak 15-episod yang dibintangi pelakon-pelakon utama, Umi Nazeera, Izzue Islam dan Nafiz Muaz ini bakal bersiaran dalam slot ‘Samarinda’ di TV3 setiap hari Isnin – Khamis jam 10 malam mulai 16 November 2022. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Jun 2018

Video of Rosmah Singing Ed Sheeran’s Perfect Going Viral

Oh, Najib also sang a couple of songs.

Featured Tue, 15 Mar 2022

“Lebih Baik Jemput Staff Tu” – Netizen Berang Kak Long 7E Dijemput Ke Program TV Islamik

Apapun, rancangan program televisyen ini sudah ditangguhkan..

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Siti Nurhaliza Bukan Pilih Kasih!

Memilih Khai Bahar sebagai rakan duet kerana merasakan suara penyanyi lagu Bayang itu paling bersesuaian untuk menyanyikan lagu berentak zikir. 

Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Syamel Kini Dah Solo?

Wah, tak sabar nak dengar lagu baru Syamel!

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

BLACKPINK’s ‘Kill This Love’ Takes Over Spotify

People are streaming the song like over and over again!