Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 21, 2023 @ 4:13pm

Pilih Majlis Yang Lebih ‘Intimate’, Afifah Nasir Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

Pelakon jelita, Afifah Nasir akhirnya mengaku akan menamatkan zaman bujangnya, namun tidak pasti sama ada perkara tersebut akan berlaku pada tahun ini atau tahun hadapan memandangkan dia masih terikat dengan beberapa komitmen kerja sepanjang tahun 2023.

Bagaimanapun, dia dan bakal suami hanya mampu merancang dan berserah sahaja.

“Kalau tanya saya, mestilah saya nak (langsungkan) secepat mungkin. Tapi, kita hanya merancang dan Allah yang tentukan.

“Kalau tak jadi tahun ini, (majlis perkahwinan), Insya-Allah, ia akan berlangsung tahun depan. Kiranya, itu paling maksimumlah.

“Cuma, saya akan sibuk sepanjang tahun ini. Ada beberapa tawaran kerja yang saya dah ‘lock’ dari awal. Jadi, tak elok pula kalau nak batalkan,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini juga enggan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai perihal bakal suaminya itu.

“Saya tak mahu terlalu mendedahkan mengenai dia, kerana takut dia rasa tak selesa. Tapi, bila dah ada tarikh yang spesifik, saya takkan sembunyi sebab saya tahu, semua orang pun menunggu juga,” jelasnya.

Memilih majlis yang lebih tertutup untuk perkahwinannya nanti, Afifah menjelaskan, dia lebih suka sekiranya majlis perkahwinanya nanti dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja namun itu semua masih dalam perancangan memandangkan lokasi jugamasih belum ditentukan.

“Kalau diikutkan, saya mahukan majlis yang ‘intimate’ (tertutup), yang mana hanya untuk keluarga terdekat sahaja. Pada saya, apa yang penting, majlis itu dapat dijalankan dan itu sudah mencukupi. 

“Tapi, ibu bapa saya kalau boleh, mereka nak jemput rakan-rakan mereka. Jadi, tengoklah bagaimana nanti. Lokasi majlis pun saya belum tentukan, cuma dah ada senaraikan beberapa lokasi,” ujarnya.

Terdahulu, keakraban dan kemesraan yang ditunjukkan Afifah dan pelakon, Hafreez Adam mencuri perhatian netizen sehingga ada segelintir dalam kalangan mereka yang mendoakan agar kedua-duanya berjodoh.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Doakan Hafreez Adam & Afifah Nasir Berjodohan – “Jangan Simpan Lama-lama, Obvious Sangat Tu”

ARTIKEL BERKAITAN:Bakal Akhiri Zaman Bujang, Afifah Nasir Selesa Tidak Dedahkan Kekasih

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Fattah Amin Tak Sabar Sambut Syawal Dengan Anak, Dah Sedia Duit Raya Pada Fatima

Fattah Amin rancang bercuti luar negara dengan Fatima

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

Hasilkan Lagu Bersama Bapa, Layla Sania Kukuhkan Kedudukan Dalam Kalangan Komuniti Penutur Mandarin

Layla Sania kukuhkan kedudukan dalam kalangan komuniti penutur Mandarin.

Selebriti Fri, 16 Feb 2018

SAMBUTAN BERBEZA TAHUN INI, ALVIN CHONG RALAT

Anak jati Pulau Pinang ini memberitahu dia akan pulang ke negeri kelahirannya tetapi untuk sehari sahaja.

Featured Sat, 15 Mar 2025

“Jujur Tak Ada Masalah Untuk Kami Beraya Sekali” – Puteri Sarah Tak Bergaduh Dengan Syamsul Yusof

Sarah mengaku hubungan dengan Syamsul masih baik dan tidak bergaduh.

Trending Sun, 14 Feb 2021

“Darah Merata-Rata, Degupan Jantung Jadi Laju” – Awal Ashaari Cerita Pengalaman Kelahiran Anak Kedua

Pengacara Melodi, Awal Ashaari mencoretkan pengalaman melihat proses kelahiran anak keduanya. Menerima kehadiran bayi perempuan pada Jumaat lalu, Awal menceritakan pengalaman terbabit menerusi sebuah hantaran terbaru di laman Instagram miliknya. “The calm before the storm. […]

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

’Mula-Mula Ingat Dia Ni Tomboy Ke Pengkid Ke’- Fizi Ali Kenang Momen Lucu Dengan Isteri

Fizi mengaku hampir berputus-asa sewaktu nak mengorat Shakilla. Apa yang Fizi lakukan selepas itu?

error: Content is protected !!