Categories: HiburanSelebriti

Bantu Pengguna LRT Dengan Menyediakan Kenderaan Perantara Percuma, Usaha Media Prima Audio Dapat Pujian

Usaha stesen radio di bawah naungan Media Prima Audio untuk membantu meringankan beban pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang terjejas mendapat pujian orang ramai.

Menyediakan kenderaan perantara secara percuma di stesen LRT terpilih bermula 9 November, inisiatif ini ternyata meringankan beban mereka yang terkesan.

Kenderaan perantara yang disediakan di waktu puncak pergi dan pulang kerja seawal 7.30 pagi dan 4.30 petang ini sedikit sebanyak menyelesaikan isu yang dihadapi pengguna LRT.

Perkhidmatan perantara ini akan disediakan pada 9 November (Rabu), 10 November (Khamis), 11 November (Jumaat), 14 November (Isnin) dan 15 November (Selasa).

Orang ramai memberikan reaksi positif terhadap usaha yang dilakukan oleh Media Prima Audio dan berterima kasih atas inisiatif murni yang ternyata memberikan impak baik.

Padin