“3 Bulan Saya Merana!” – Tapak Kaki Dihunus Bilah Tajam, Azwan Ali Dakwa Disihir Artis Wanita Veteran

Pengacara kontroversi, Azwan Ali mendakwa dirinya telah disihir sehingga kaki bahagian kanan timbul kesan tompokan, baru-baru ini.

Azwan atau lebih dikenali dengan Diva AA mendakwa bahawa dia mengenali orang yang menyihirnya dan individu tersebut merupakan seorang artis wanita veteran yang berpengaruh dalam industri seni.

Tiga bulan merana dek kerana sihir, Diva AA berkongsi bahawa pada setiap pukul 3 pagi tapak kakinya terasa seperti dihunus senjata tajam.

“Kesakitan itu berulang setiap hari dan sekarang beransur pulih.

“Saya dah berikhtiar sedang merawat untuk membuang ilmu sihir yang dikenakan ke atas saya.

“Walaupun berat dugaan ini, tetapi saya reda hadapinya,” luahnya.

Memetik laporan BOOM!, Azwan, 56, turut memaklumkan bahawa dia mengenali artis wanita yang menyihirnya kerana wajah wanita tersebut sering muncul ketika mengerjakan solat.

Walaubagaimanapun, Diva AA tidak mahu mendedahkan identiti artis veteran tersebut dan menjelaskan bahawa individu tersebut bukanlah yang berkawan rapat dengannya.

Sumber: BOOM!

Atiqah Johari