3 Pasangan Tersingkir, Ayda, Fyna, Zaki, Yamani, Naim, Sissy, Wani & Bella Layak Ke Final Famili Duo

Menepati ramalan, pasangan penyanyi Ayda Jebat dan Fyna Jebat layak ke peringkat akhir program Famili Duo TV3 dengan kutipan markah sebanyak 435.9 mata.

Duo adik beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah yang meraih 404.2 mata turut berjaya ke pusingan akhir bersama duo sepupu, Sissy Imann dan Naim Daniel yang meraih 377.3 markah.

Bella Astillah dan Wani Kayrie turut berjaya mengikut jejak langkah tiga pasangan lain dengan kutipan markah sebanyak 369.9 mata.

Tiga pasangan lain, Sabhi Saddi dan FareedPF K-Clique, Siti Saida dan Siti Sairah serta Ara Johari dan Shaffiq Erwin gagal berada di kedudukan empat teratas carta mingguan Famili Duo dan terpaksa mengakhiri persaingan di pusingan separuh akhir.

Pasangan Ayda Jebat dan Fyna Jebat dinobatkan sebagai pemenang Duo of The Week untuk pusingan separuh akhir dan berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.

Program Famili Duo dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Padin