Bukan Lakonan Tapi Realiti, Ranveer- Deepika Kini Bergelar Suami Isteri

Pasangan selebriti terkenal Bollywood, Ranveer Singh dan Deepika Padukone dilaporkan selamat melangsungkan majlis perkahwinan, baru-baru ini.

Difahamkan, majlis perkahwinan telah diadakan di Villa del Balbianello di Tasik Como, Italy.

Ranveer dan Deepikan yang merupakan antara selebriti berpengaruh di dunia ini turut menerima ucapan tahniah daripada teman-teman artis di Instagram.

Antaranya adakah pelakon Priyanka Chopra yang bakal berkahwin dengan Nick Jonas dalam masa terdekat.

‘Insanely beautifully’ (Terlalu cantik) antara komen ditinggalkan di Instagram Deepika manakala pujian ‘Stunning’ (Menawan) di Instagram milik Ranveer. 

Deepika dan Ranveer dijadualkan mengadakan majlis resepsi di Mumbai pada 28 Disember ini.

SGMS Faida