Eyka Farhana Tak Suka Tinggal Di Negara Sejuk?

Pelakon Eyka Farhana mendedahkan masalah kulit sensitif dialaminya membuatkan dia lebih gemar menjalani penggambaran di negara bercuaca panas.

Eyka ketika ditemui di majlis pelancaran telefon Realme3 memberitahu dengan jadual penggambaran yang memerlukan dia berulang-alik dari beberapa buah negara sejak kebelakangan ini, dia bersyukur dilahirkan di negara beriklim panas.

“ Saya berada sebulan di Scotland untuk penggambaran telemovie Autumn In Wales. Selepas itu saya kembali lagi ke sana semula untuk sebuah lagi penggambaran drama RTM.

“ Jujurnya memang seronok berada di luar negara cuma kalau diberi pilihan untuk tinggal, saya lebih suka negara panas.

“ Untuk berdialog di tempat sejuk dalam keadaan mengigil memang satu perkara yang mencabar. Tambahan, kulit wajah saya cepat kering. Tapi saya ambil semua ini sebagai cabaran bekerja,” katanya kepada XTRA.

Dalam perkembangan lain, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi memaklumkan bakal tampil dengan sebuah single tidak lama lagi.

“ Sebagai anak seni, saya perlu belajar meneroka benda baru. Saya mahu dikenali sebagai artis serba boleh.

“ Insya Allah, tidak lama lagi single sulung saya berjudul Laki-Laki ciptaan Omar K akan dilancarkan. Saya berharap percubaan pertama ini membuahkan hasil,” akhirinya.

Tambah Eyka, single Laki-Laki bakal dijadikan lagu tema untuk sebuah drama berjudul Lia Adelia yang bakal ditayangkan di RTM kelak.

SGMS Faida