Cahaya Mata By: Fatin Nurain November 16, 2022 @ 3:10pm

“9 Minggu 3 Hari” – Madammu Kongsi Perkembangan Kandungan, Peminat Makin Teruja & Beri Sokongan

Kerap berkongsi perkembangan kandungannya, usahawan kosmetik Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa sebagai Madammu menyatakan kini usia kandungannya sudah mencecah sembilan minggu tiga hari.

Menerusi perkongsian di TikTok, Madammu telah memuat naik video perjalanannya membuat pemeriksaan kesihatan dan kandungannya kini.

“9 minggu 3 Hari Madammu naik berat badan 2kg,” tulisnya.

Terkenal dengan sikapnya yang ramah berkomunikasi dengan pengikutnya, Madammu sempat berkongsi pesanan daripada doktor yang menyarankannya untuk tidak makan nasi secara berlebihan.

“Siapa yang suruh Madammu makan nasi banyak tu, nurse pun kata jangan makan nasi banyak dan kena banyakkan sayur-sayuran bukan karbo,” katanya.

@eriyca.baiduri 9 minggu 3 Hari Madammu naik berat badan 2kg #ladyofnoirmalaysia #noir ♬ One In A Million – Bosson

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya semakin teruja dengan perkembangan usia kandungannya dan menitipkan doa agar usahawan itu dan bayinya sihat selalu.

“I’m happy for you madammu.

“Semoga baby terus sihat dalam kandungan madammu.

“Alhamdulillah madam jaga diri baik baik , semoga dipermudahkan buat madam.

“Alhamdulillah semoga madam dan baby dalam perut sihat walafiat,” komen pengikutnya.

Sebelum ini, Madammu menyatakan rasa syukurnya kerana dirinya bakal menimang cahaya mata selepas 7 tahun berkahwin dan proses ivf yang dijalankan berhasil.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 7 Tahun Menanti, Madammu Akhirnya Bakal Timang Cahaya Mata!

ARTIKEL BERKAITAN: “Bermulalah Journey Bedrest…” – Madammu Kongsi Perjalanan IVF, Netizen Tegur Kurangkan Bermain Gajet

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Jalani Rawatan IVF, Madammu Terpaksa Buang Tiub Fallopio – “Jika Ini Ujian Untuk Dapatkan Cahaya Mata, Saya Reda…”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2020

UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM, SVM dan STAM ditunda ke suku pertama 2021

Sesi persekolahan hanya dibuka apabila selamat

Featured Sat, 8 Oct 2022

Bakal Timang Anak Ke-6, Isteri Aliff Syukri Terkejut Video Tular – “Bukannya Saya Baru Hamil Anak Sulung”

Tahniah DS Aliff Syukri & DS Shahida… Ramai-ramai baru meriah rumah! 😍

Featured Wed, 17 Jan 2018

8 Kesan Negatif Gajet Terhadap Kanak-kanak

Kuasa gajet terhadap kanak-kanak yang melanda ketika ini bukan sahaja menjadi fenomena di Malaysia, malah sudah menjadi isu global. Rata-rata ibu bapa berasa bimbang terhadap isu ini, namun dek kesibukan terhadap rutin seharian, ada juga […]

Trending Tue, 24 Apr 2018

15张「不需要PS」视觉就非常震撼的精彩照片

自然和人类都是伟大的艺术家,当他们联手,可以产生惊人的杰作;捕捉难能可贵的一瞬间、最棒的时机、最棒的构图画面是一名成功摄影师厉害的地方。