Categories: HiburanSelebriti

Kongsi Video Isteri Bersalin, Abang Terlajak Laris Mohon Maaf!

Kecoh dengan tindakan Dato Aliff Syukri berkongsi video isterinya yang sedang bersalin. Ramai pihak tidak setuju dengan tindakan beliau memuatnaik video tersebut untuk tatapan umum. Menyedari hal itu, Dato Aliff Syukri akhirnya memohon maaf kepada semua pihak yang berpendapat bahawa tindakannya merakam momen tersebut adalah salah dan tidak wajar.

Permohonan maaf itu ditulis menerusi akaun Instagram miliknya dengan menjelaskan niat yang dilakukan hanya sekadar ingin berkongsi susah payah seorang ibu melahirkan anak serta untuk tatapan para suami supaya lebih menghargai pengorbanan seorang isteri.

Jelasnya lagi, dia juga mengakui tidak dapat memuaskan hati semua pihak namun menghormati pandangan orang lain dan berharap hal ini tidak berlarutan lagi.

Tahniah buat Dato Aliff Syukri kerana tidak melatah dengan teguran yang dibuat oleh ramai pihak berhubung perbuatannya merakam detik kelahiran puteranya yang diberi nama, Yusoff Al Qardawi.

Ad Ops