Hantu Kak Limah Kahwin Hanya Gimik Tapi…

Hanya gimik, bukan bersanding betul lah! Ramai yang keliru dengan majlis persandingan pelakon Hantu Kak Limah, Dalimawati Ismail dan pasangan yang dikenali sebagai Mr. K, semalam.

Namun begitu, pelakon wanita ini tidak menolak jika ditemukan jodoh selepas ini.

Katanya, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri semula.

“ Saya juga perlukan teman seperti orang lain yang boleh menemani saya ketika anak-anak tiada di rumah.

“ Sebagai seorang manusia, ada masanya saya pun mahukan seorang teman.

“ Contohnya, jika saya ke surau atau menjaga saya ketika sakit demam. Adalah teman berborak…Sekarang ni kemana-mana saya berseorangan termasuklah ke set penggambaran,” katanya.

Menolak tanggapan sesetengah orang yang menganggap dirinya seorang yang high taste.

“ Orang kata saya ‘high taste’ sebab itu tak ada yang berani nak dekat.

“ Kalau boleh saya inginkan seorang lelaki yang boleh membimbing saya dalam agama Islam dan melapangkan dada,” katanya yang dua kali mendirikan rumah tangga.

Dalimawati membintangi filem Hantu Kak Limah yang akan ditayangkan pada 9 Ogos nanti.

SGMS Faida