“Aaisyah Sebenarnya Perlu Rehat”- Che Ta

Puteri kesayangan kepada pasangan Che Ta dan Zain Saidin ini telah dimasukkan ke hospital di Damansara, Petaling Jaya selepas dipercayai terkena jangkitan kuman. 

Walaupun selama ini, Aaisyah yang kelihatannya sentiasa ceria dan petah berkata-kata itu jarang sakit selepas 4 tahun, namun bapanya itu tidak menyangka anak kesayangannya itu rupa-rupanya terkena jangkitan kuman dalam darah.

“Sudah seminggu Aaisyah demam. Kami difahamkan ada bakteria dalam darahnya. Doktor terpaksa memasang tiub untuk memudahkan proses memasukkan ubat agar cepat sembuh.” Katanya

Namun, bagi Che Ta anaknya itu perlu berehat secukupnya.

“Tengok wajah dan keadaannya memang jadi kasihan. Ini kerana, dia jarang ditimpa sakit apatah lagi dimasukkan ke hospital. Memang Aaisyah kena rehat.” Tambahnya.

Berita mengenai keadaan Aaisyah juga turut dikongsi menerusi laman instagram si cantik manis, Aaisyah Dhia Rana.

Turut dikongsikan momen Aaisyah ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Apapun, rata-rata followers Aaisyah yang mencecah 1.4 juta itu mendoakan agar anak pelakon kesayangan ramai ini cepat sembuh.
Get well soon Aaisyah!
Salma Syahbuddin