Categories: FeaturedGaya Hidup

Beradu Sambil Ditemani Haiwan Marin, Bilik Neelofa RM208,000 Satu Malam, Wow!

Oleh kerana lokasi penginapan pelakon dan pengacara cantik, Neelofa Mohd Noor, yang kini berada di Maldives terlalu wow dan luar biasa, ramai yang risik-risik berapa agaknya harga untuk satu malam.

Mohon jangan terkejut, jika penginapan bawah air yang memberikan pengalaman seolah beradu di dalam akuarium itu bernilai hampir USD50,000 bersamaan RM208,000 untuk satu malam.

Ini bermakna untuk bermalam di The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Resort, anda boleh beli lima buah rumah flat.

Foto: Neelofa Instagram

Mungkin ada yang menganggap melaburkan sejumlah wang sebanyak itu semata-mata untuk tidur satu pembaziran, namun ianya tidak menjadi masalah bagi golongan “have-have” seperti Neelofa. Yang penting satisfaction di samping percutian penuh luxury!

Vila dua tingkat tersebut dilengkapi dengan reka bentuk moden dengan teknologi hebat yang membenarkan penginap bilik tersebut untuk menikmati pemandangan laut di tingkat atas dan pemandangan dasar laut di tingkat bawah.

Foto: Neelofa Instagram

Vila ini juga dikenali sebagai penginapan pertama di dunia yang menawarkan pemandangan dasar laut di dalam ruang tidur. Jadi tidak hairanlah mengapa harga bilik tersebut boleh mencecah harga RM200,000 untuk satu malam.

Dengan pengikut Neelofa yang ramai di Instagram (5.7 juta), ianya satu exposure yang baik untuk vila berkenaan kerana kini ramai yang semakin mengetahui kewujudan vila The Muraka ini.

Pasti selepas ini ramai yang memasang angan untuk menjejakkan kaki ke The Muraka. Kalau penulis, tengok sajalah yang mampu!

Foto: Neelofa Instagram

Yanie Baharom