Hiburan By: Fatin Nurain February 2, 2024 @ 9:27am

Aaron Kwok Alami Masalah Kesihatan, Kesal Tak Dapat Bertemu Peminat Di Malaysia

Pelakon terkenal Hong Kong, Aaron Kwok meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat hadir ke Malaysia untuk mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Rob N Roll atas masalah kesihatan, semalam.

Dalam satu kenyataan media Aaron berkata, dia berasa sedih kerana tidak dapat bertemu dengan peminatnya di Malaysia pada saat akhir kerana perlu mengikut nasihat doktor yang merawatnya.

Malah, perkara itu juga telah dikongsikan oleh aktres gandingannya, Maggie Cheung yang terpaksa menggantikan tempat Aaron pada saat akhir bagi mempromosikan filem tersebut di sini.

”Saya kesal untuk mengumumkan perubahan jadual di saat akhir disebabkan keadaan kesihatan fizikal yang tidak mengizinkan lantas tidak dapat hadir ke Malaysia seperti yang telah dijadualkan.

“Disebabkan masalah kesihatan fizikal secara tiba-tiba dan atas nasihat doktor, saya harus mengelak penerbangan jarak jauh ditambah dengan jadual promosi yang padat, maka saya terpaksa melupakan hasrat untuk mengubat kerinduan peminat Malaysia,” katanya.

Meskipun teruja berpeluang untuk menggantikan tempat Aaron pada saat akhir di sini, Maggie bagaimana pun berharap agar aktor tersebut cepat sembuh.

“Saya sangat gembira dan teruja untuk sama-sama mempromosikan filem ini.

“Dalam masa yang sama, saya dan Gordon Lam juga bimbang akan kesihatan Aaron dan berharap agar dia dapat pulih dengan segera,” kata Maggie.

Filem Rob N Roll mengisahkan seorang bekas ahli gusti, Mui Lam-tin (Aaron Kwok) yang bergelut dengan masalah hidup sehingga membuat keputusan dengan memberanikan diri merentas lautan ke Hong Kong untuk melakukan rompakan besar-besaran.

Filem ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Kwok, Simon Yam, Gordon Lam, Maggie Cheung, David Chiang dengan penampilan istimewa oleh Lin Xue, Zeng Bitt, Wang Minde, Lu Haipeng dan Wu Dingxin.

Filem terbitan Er Dongsheng ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 10 Februari 2024 sempena Tahun Baru Cina.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Hiburan Mon, 7 Oct 2019

创作精灵白安《1990s》马来西亚宣传

相隔好一段时间没来马来西亚宣传的白安终于带着她的第三张创作专辑《1990s》来马宣传啦!

Featured Tue, 19 Jul 2022

Sejurus Dibebaskan Dari Ikat Jamin.. Siti Nuramira Ditahan JAWI, Bakal Didakwa Di Mahkamah Syariah Esok

Tak sampai 24 jam dibebaskan dari ikat jamin, Siti Nuramira terus ditahan JAWI.. Fuh, bertubi-tubi. Moga terus jadi pengajaran pada semua!

Featured Tue, 13 Feb 2024

Naim Daniel Nafi Anti Golongan Agamawan, Perjelas Ciapan Tular Hanya Sekadar Luahan Perasaan

“Bukan semua khilaf boleh ditutup dengan berpenampilan suci” – Naim Daniel

Trending Tue, 24 Nov 2020
Trending Wed, 7 Aug 2019

Kali Terakhir Dilihat Hanya Berpakaian Dalam, Di Mana Jejak Nora Anne Quoirin?

Dikatakan hilang di hutan Negeri Sembilan, di mana jejak gadis Ireland ini?

Featured Fri, 9 Feb 2024

“Bila Ayah Tak Mahu Nikahkan, Pengantin Perempuan Boleh Dapatkan Wali Hakim” – Bekas Peguam Siti Bainun Ulas Kes Kahwin Lari Marissa, Aslam

Hafidzah berpendapat, tidak wajar menuding jari kepada Marissa atau Aslam kerana kedua-duanya boleh berfikir secara matang dalam membuat keputusan.🤧