Abby Abadi Mohon Doa Semua, Anak Makin Kritikal

Pelakon Abby Abadi nampaknya berkongsi keadaan anaknya, Muhammad Danial Firman Faizal  yang kini berada dalam keadaan kritikal. 

Bayi lelaki yang berusia 11 hari itu kini bergantung dengan pada mesin semata-mata untuk bernafas. 

Menurut Abby, bayi yang dilahirkan seberat 535 gram itu berpeluang tipis untuk hidup. 

” Pendarahan, paru-paru tak kuat dan kini Danial kini 90 peratus bergantung pada mesin unk bernafas. Jadi memang keadaannya memang kritikal” Katanya.

Justeru itu, Abby dan suami memohon doa daripada semua peminat dan masyarakat agar sentiasa mendoakan keadaan anaknya itu. 

Salma Syahbuddin