ABPBH31: Adakah Nana Bakal Ulangi Kejayaan Tahun Lalu?

Hampir dua puluh tahun bergelar penyanyi, Siti Nordiana atau Nana mengaku sudah matang berbanding di awal kemunculannya dulu.

Malah, penyanyi yang bersaing dalam empat kategori pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 31, malam ini mengakui populariti diperoleh hari ini bukan mudah.

“ Kejayaan membawa pulang trofi Penyanyi Wanita Popular tahun lalu sesungguhnya kejayaan yang paling manis. Saya tidak pernah bermimpi boleh ke tahap sejauh ini apa lagi memenangi Bintang Paling Popular.

“ Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini, saya pernah popular dan jatuh. Peluang kedua yang ada ini sudah tentu saya gunakan sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, saya bersedia dengan segala kemungkinan,” katanya.

Malam ini Nana bakal berentap dalam kategori Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Jaclyn Victor, Pengacara TV Popular dan Artis Versatil Popular.

Buat Nana, kami ucapkan semoga sukses dalam karier dan seandainya rezeki berpihak pada Nana pada malam ini, tahniah ya! Malam ini jangan lupa saksikan ABPBH31 bermula jam 9 malam di saluran TV3!

SGMS Faida