Hiburan By: SGMS Faida September 24, 2018 @ 4:09pm

#ABPBH31 : Tak Rasa Diri Popular Di Malaysia, Shiha Zikir Terkejut Terima Pencalonan

Penyanyi Shiha Zikir gembira apabila single terbarunya berjudul Terdetik Rindu diterima baik oleh pendengar Malaysia.

Penyanyi berusia 31 tahun ini turut meledak dengan single Jagakan Dia, sebelum ini. 

“ Alhamdulillah, lagu duet saya bersama Aman Aziz mula mendapat tempat dalam kalangan peminat dan pendengar.

Lagu ini turut menjadi soundtrack filem Langsuir, bila saya terima Direct Message (DM) atau ada pengguna Instagram yang repost, saya sendiri terharu dengan sokongan yang diberikan. 

“ Terdetik Rindu berkisar tentang percintaan jarak jauh manakala filem Langsuir pula mengisahkan percintaan dua dunia, anda kena dengar betul-betul di mana jalan cerita dengan lagu ini memang kena,” katanya kepada xtra.com.

Dalam pada itu, Shiha mengaku dia terkejut apabila mendapat tahu namanya tersenarai dalan calon Top 20 bagi kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31).

“ Saya memang terkejut gila. Terkejut sangat, walaupun tercalon untuk Top 20 tu pun, saya tak sangka.

“ Berapa hari jugalah, saya cakap ‘ Mak, tak sangka betul’. Walau bagaimanapun, saya sedar diri Shiha di pasaran Malaysia tidak sehebat di Indonesia.

“ Secara jujurnya, saya tidak meletakkan harapan tinggi. Semuanya bergantung kepada rezeki. Kalau ada rezeki untuk tercalon dalam Top 5 selepas ini, Alhamdulillah,” kata pemenang tempat ketiga dalam program realiti nyanyian Indonesia D’Academy Asia 2015.  

Dalam perkembangan lain, Shiha bakal terbang ke Jakarta, Indonesia pada Oktober ini untuk proses rakaman single terbaru.

“ Apa yang Shiha boleh beritahu, bukan lagu balada tetapi lagu dangdut,” katanya ringkas.

Buat Shiha, semoga terus sukses baik di pasaran Malaysia dan Indonesia. Insya Allah kita jumpa di malam kemuncak ABPBH 31 nanti ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 8 Nov 2022
Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Farid Kamil Bawa Pistol Ke Lokasi, Betul Ke?

Pengarah drama, Shuhaimi Lua mendedahkan Farid bukan sahaja menampar pelakon senior, malah beliau juga turut membawa pistol ke lokasi.

Featured Wed, 7 Jul 2021

Guna Wang Sendiri Hulur Bantuan Cari Bendera Putih, Tindakan Cik B Dipuji Ramai

Baru-baru ini, tindakan anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendapat perhatian ramai. Dalam usaha untuk menyebarkan semangat bendera putih, Cik B telah turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. […]

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
Hiburan Mon, 6 Jan 2020

Bella Astillah Uploaded A Photo Clinging A Man’s Arm, Aliff Aziz Uploaded A Photo With His Ex-Wife! Coincidence?

They say third time’s the charm, but does this imply to this situation as well?

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

RM2,000 Sebulan Peruntukan Ruhainies Untuk Penjagaan Diri

Untunglah cantik dan kurus! Tak payah buat apa pun!