“Ada Peningkatan Tapi Perjalanan Masih Jauh” -Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi melalui kemas kini perkongsian di akaun instagram miliknya memberitahu umum yang bayi lelaki pramatangnya, Muhammad Danial Firman Faizal kini menunjukkan prestasi yang lebih baik dan menunjukkan kenaikan berat badan.

Abby melahirkan Danial pada 27 September lalu ketika kandungannya baru berusia 6 bulan dan berat Danial waktu dilahirkan hanyalah seberat 535 gram sahaja. 

“Beratnya makin naik. 924 gram dah. Minum susu mama pun okay. Alhamdullillah.

“Masih dalam inkubator, masih bernafas menggunakan bantuan mesin.  Panjang lagi perjalanannya,” kongsi Abby di dalam entri Instagram tersebut.

Pelakon yang popular menerusi drama Gerak Khas ini berkata baby Danial masih di berada di dalam zon kritikal kerana lahir belum cukup bulan dan di dalam keadaan yang belum bersedia. 

Abby juga meminta orang ramai supaya tidak putus-putus berdoa supaya baby Danial membesar dengan sihat dan kuat. 

“Setelah usaha, hanya doa yang dapat mengubah nasib baby D saya. Tawakal hanya pada Allah. Saya dan suami yakin Baby Danial saya kuat dan akan balik rumah kurang 2 bulan lagi InshaAllah.. Amin..” tulis Abby lagi. 

Sebelum ini Abby pernah mengalami keguguran sewaktu usia kandungan mencecah lima bulan pada 2017. 

Terdahulu Abby mempunyai tiga orang anak melalui perkongsian hidupnya dengan pelakon, Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim (16), Marissa Dania Hakim (14) dan Maria Danisha Hakim (11).

Abby yang berkahwin dengan Faizal Zakaria pada Ogos 2015 pernah mengambil sepasang anak angkat, Muhammad Dayyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia. Baby Danial merupakan anak sulung bagi pasangan ini. 

Baca: Alami Masalah Turun Darah, Abby Abadi Jalani Pembedahan

Baca:“Kalau Anak Sakit Boleh Buat Apa Je? Meratap Hiba?” – Abby Abadi

Del14