Featured By: Salma Syahbuddin December 6, 2022 @ 6:46pm

“Ada Yang Menangis Dengar Suara Saya Dalam Telefon” – Didakwa Kritikal Akibat Kekejangan Otot, Nash Maafkan Individu Sebar Berita Palsu

Baru-baru ini penyanyi popular, Datuk Nash dilaporkan mengalami kekejangan otot pada seluruh badan dan memohon agar orang ramai mendoakan keselamatan dan kesembuahn buatnya.

Bagaimanapun, Nash atau nama sebenarnya, Nashruddin Elias, 63, memaklumkan terdapat sesetengah blog yang melaporkan dia kini berada dalam kritikal.

Susulan penyebaran berita palsu itu, ahli keluarga terdekat termasuklah rakan-rakan terkejut dan menangis ketika menghubunginya.

“Tiba kat rumah dah nak masuk waktu maghrib, saya pun ambil wuduk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak.

“Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Seluruh badan saya cramp, kaki tak boleh gerak,” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Sakitnya Allah Saja Tahu” – Seluruh Badan Kejang Ketika Berwuduk, Nash Mohon Doa Orang Ramai

Menerusi perkongsian di Facebook,  pelantun lagu Ku Dihalaman Rindu ini bagaimanapun memaafkan pihak terbabit.

“Saya maafkan mereka yang buat laporan tak betul dan juga yang muat naik kembali gambar saya sewaktu terbabit dalam kemalangan jalan raya sekitar dua tahun lalu.

“Tidak mengapa, perkara sudah pun berlaku. Terima kasih sekali lagi dan saya juga doakan yang baik-baik untuk semua,” katanya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Apr 2019

研究:经常打坐和运动增强职场优势

在当今竞争激烈的大环境里,几乎每个人都日复一日地处在高科技时代的压力及疲惫不堪中,随之而来的是无法投入工作所带来的不安全感和不稳定感。如何摆脱这种状态呢?

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

100% Leader Seo Min Woo Passes Away at Age 33!

He is way too young to be gone 🙁

Trending Tue, 5 Mar 2019

Skincare Tip! Top Bestseller Mask Untuk Kulit Berjerawat

Menerusi laman sosial dan blog review, produk mask ini telah berjaya menjadi top bestseller dan sangat popular dalam kalangan kaum wanita!