Selebriti By: Atiqah Johari December 21, 2023 @ 8:59pm

Anggap AJL Sebagai Pentas Untuk Kekal Relevan, Ziana Zain Titip Semangat Buat Penyanyi Baharu – “Kita Ni Ibarat Tentera, Kena Kebal”

Penyanyi popular, Ziana Zain berpendapat bahawa pertandingan seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan salah satu platform yang dapat mengekalkan kedudukan seseorang penyanyi dalam industri seni.

Malah, ia bukan sahaja untuk mengekalkan kerelevenan penyanyi semata namun turut bertanding adalah pencipta lagu dan penulis lirik serta menggalas tanggungjawab besar.

“Yes, kita fikir macam ni, selalunya orang ingat penyanyi yang bertanding dalam AJL, bukan. Yang bertanding adalah pencipta lagu dan penulis lirik. Penyanyi adalah penyebab untuk membawa karya pencipta. Cuma, bonusnya bila penyanyi datang menyanyi dengan baik, lagu itu Insya-Allah akan menang. Tanggungjawab sama besar.

“Bila lagu dah diiktiraf berada di AJL, Ia bermakna semua yang bertanding adalah yang terbaik. Jadi kena bersyukur dan jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya,” kata Ziana.

Dalam pada itu, pelantun lagu Madah Berhelah ini sempat meninggalkan nasihat dan semangat untuk penyanyi baharu yang tidak berjaya ke AJL untuk tidak putus harapan sebaliknya perlu terus berjuang.

“Jangan putus harapan sebab kita nak jadi penyanyi kan, apapun kena hadap. Selagi boleh berjuang, berjuang, semangat juang kena ada,

“Kita penyanyi ni ibarat tentera, kena kebal jadi kereta kebal, baru boleh pergi berjuang. kalau jadi penyanyi jangan ada perkataan ‘entahlah, tak tahu boleh ke’ jangan ya. Kalau setakat hobi baik tak payah.

“Dulu mungkin boleh cakap macam ni tapi sekarang menyanyi adalah kerjaya serius. Kalau nak jadi penyanyi, jadi seorang penyanyi yang serius dalam industri. industri ni bukan saja bagi fame tapi juga buka banyak peluang sebagai penyanyi,” ujarnya ketika ditemui XTRA.

Untuk makluman, lagu Waktu nyanyian Ziana Zain dan Hasif Upin merupakan antara 12 lagu yang berjaya ke AJL38 untuk berentap di pentas berprestij pada Mac tahun depan.

Selain Ziana, 11 finalis AJL38 yang lain ialah Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu), Aisha Retno (Sutera), Shiha Zikir (Kalam), Marsha Milan (Darah), Ernie Zakri (Astana), Hael Husaini (Bintang), Amir Jahari (Hasrat), Khai Bahar dan Nabila Razali (Selagi Ku Ada), Masdo (Inilah Jalannya), Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita (Ku Cuma).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Sat, 30 Jun 2018

环东艺校《听见你的声音》合辑阵容敲定2019年推出

环东艺校《我是练习生 -迷你演唱会3.0》圆满落幕!16位练习生及PK成功的素人歌手加入《听见你的声音》合辑阵容,预计2019年推出市场。

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Justin Bieber Disaman kerana Posting Gambar Sendiri?

Posting gambar diri sendiri pun boleh disaman!

Trending Wed, 11 Apr 2018

Maut Akibat Buah, Awas Penggemar ‘Rockmelon’

Dilaporkan seramai tujuh orang maut dan keguguran selepas makan tembikai yang mengandungi bakteria listeriosis ini! Hati-hati semua…

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Bapa Angkat Azharina Kini Tenat Di Hospital

Semoga Papa Hamidi diberi kesembuhan segera.Insya Allah…

Hiburan Mon, 20 May 2019

Instagram Catat Enam Juta Pengikut, Tahniah Zizan!

Selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa, kini giliran Zizan pula!

Hiburan Tue, 21 May 2019

‘ Ramadan Kali Ini Paling Sukar’-Isteri Ammar Alfian Kecewa Ditipu

Bagaimanapun, hantaran berkenaan sudah dipadamkan beberapa jam selepas dimuatnaik.

Featured Tue, 25 Jan 2022