Adakah Si Dia Ini Jejaka Pilihan Hati Mira Filzah?

Kalau sebelum ini Mira Filzah dikatakan sedang mengenali hati budi seseorang, dan jejaka itu merupakan anak seorang YB menerusi siaran Melodi bertarikh 5 Januari lalu, pastinya ramai netizen diluar sana sedang berteka-teki siapakah gerangan jejaka bertuah yang berjaya menambat hati pelakon cantik ini bukan?

Justeru itu, kelibat bakal tunang pelakon drama popular Adellea Sofea ini seakan sudah mula dihidu oleh netizen apabila buat pertama kalinya muncul dihadapan khalayak ketika majlis resepsi perkahwinan pelakon popular, Farah Nabilah bersama pasangannya Amirul Yunus pada Ahad lepas.

Jejaka yang dikenali sebagai Wan Emir Astar ini merupakan seorang Arkitek. Beliau juga merupakan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid. Manakala, bapanya pula merupakan bekas Ahli Parlimen yang sama iaitu Allayarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad.

 

Namun, menurut Mira Filzah beliau masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan berharap agar peminat mendoakan tahun 2020 ini berjalan dengan baik.
Dan ketika ditanya mengenai tahap keseriusan beliau dan jejaka pilihan hatinya itu, Mira akui beliau serius dan tidak main-main.
” Memang serius, tak main-main. Kalau ada nanti in shaa Allah mira akan bagitahu. Kalau ada benda-benda yang confirm nanti mira akan share” Jelasnya.
Apapun, kita tunggu sahaja komen dari pihak Mira Filzah mengenai jejaka bertuah tersebut okay!
Siapapun gerangan jejaka misteri itu, Xtra doakan yang terbaik buat kedua-duanya.
Salma Syahbuddin