Adam Lee & Sweet Qismina Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz! Pilih Mas Kahwin RM2,410.97 Kerana….

Pasangan pelakon Adam Lee, 27 dan Sweet Qismina, 25, akhirnya sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz jam 10.40 pagi tadi pada sebuah majlis tertutup yang diadakan di Boathouse, Ampang.

Berwalikan abang pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi, pasangan itu telah dinikahkan oleh Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak, merangkap Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohamad Khairin Hussein dan dihadiri oleh 100 tetamu terdiri daripada keluarga, rakan rapat dan media.

Adam atau nama sebenarnya, Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee telah menyerahkan mas kahwin RM2,410.97 yang merupakan simbolik pada tarikh lahir Sweet hari ini manakala wang hantaran diminta untuk dirahsiakan.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi memberi tujuh dulang hantaran kepada pihak pengantin lelaki berbalas lima.

Sebelum ini, Sweet dan Adam mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu bersempena tarikh ulang tahun kelahiran Sweet yang ke-24.

Fatin Nurain