Hiburan By: Khairil Khusyairi October 5, 2023 @ 12:30pm

Aina Abdul Dilabel Kekwat & Sombong? – “Come And Meet Me First”

Penyanyi Aina Abdul tampil memberi respons apabila ada dakwaan sesetengah pihak yang melabelkan dia seorang yang kekwat dan sombong.

Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 29, dia menafikan dakwaan tersebut kerana mengakui dirinya tidak mempunyai ramai kawan serta banyak luangkan masa bersama piano di rumah.

“Sebenarnya kekwat itu tidaklah, mungkin saya kurang kawan, saya kurang berkawan.

“Saya banyak habiskan masa di rumah bersama piano saya sebab saya seorang yang lebih banyak bersendirian, bila sebegitu ada orang kata saya kekwat dan sombong, tapi tidak.

“Saya tak banyak kawan, setiap kawan yang ada itu kawan rapat,” jelasnya ketika ditemu bual bersama program hiburan popular TV3, Melodi.

Aina Abdul

Aina akui tak ramai kawan, banyak masa dirumah bersama piano

Tambah Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 ini lagi, dia menghormati apa sahaja pandangan orang namun dirinya lebih tahu apa yang diinginkannya dan terus berkarya.

“Kalau ada yang kata kekwat, ‘come and meet me first, talk to me and get to know me through my fans club’. Mungkin pandangan anda akan berubah.

“Saya ada dengar juga orang cakap-cakap sebegitu, tapi saya tidak mahu bersuara apa-apa nanti akan merosakkan lagi keadaan .

“Apa sahaja pendapat mereka saya hormat tetapi saya tahu prinsip hidup saya, saya buat kerja saya saja. Tak kenal maka tak cinta,” tutupnya positif.

Terdahulu, nama Aina turut terpalit dengan dakwaan sesetengah netizen yang melabelkannya acah diva dan ‘annoying’ dek kerana penampilannya.

Untuk pekembangan lain, Aina bakal menjayakan konsert A Night With Aina Abdul 3.0 (ANWAA 3.0) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 18 November hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Busana: Didakwa Tak Hirau Teguran Penonton, Netizen Label Aina Abdul ‘Acah Diva’ & ‘Annoying’

ARTIKEL BERKAITAN: “Takkanlah Saya Nak Nyanyi Pakai Baju Gergasi” – Aina Abdul Mahu Busana Cantik, Janjikan Kejutan Untuk Konsert di Axiata Arena

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Luah Rasa Kurang Senang Apabila Aina Abdul Terima Dana Untuk Konsert – “Sudahnya Dana Kerajaan Ni Jadi Modal Baju”

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih Difitnah Guna Orang Dalam, Aina Abdul Lalui Prosedur Mohon DKD RM300,000… – “Tak Ada Cable, Tiada Unsur Fast Lane”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 10 Sep 2023
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

‘Abil, Kami Mohon Maaf’- Isteri Amy Seach Lega Konflik Berakhir

Isteri penyanyi Rock, Amy Search yakni Nourish meluahkan rasa syukur selepas hubungannya dengan pelakon Nabila Huda atau Abil kembali jernih.

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

FAZURA SUDAH BAGI HINT, TAHNIAH!

Beberapa hari yang lalu telah viral satu video yang menunjukkan Faz seakan-akan memberikan hint bahawa dirinya itu telah hamil

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Fri, 30 Sep 2022

Didakwa Belasah & Curang Terhadap Isteri Dengan Lelaki Lain, Pelakon Terkenal Dituduh Biseksual?

Dah la curang dengan lelaki lain 😱 Pastu belasah pulak si isteri, aduhai perangai sungguh! 😤 Siapa eh agak-agak?