Aina Abdul Kongsi Pengalaman Depresi Dalam ‘Sumpah’

Bekas program realiti Mentor Legend 2014, Aina Abdul mahu merancakkan karier seninya dengan single terbaharunya berjudul Sumpah.

Pemilik nama Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani berkata dia pernah berdepan dengan masalah rendah diri untuk menghasilkan lagu sendiri. 

“ Saya pernah murung sebab apa sahaja yang saya buat semua tidak menjadi. Ia juga membuatkan saya hilang keyakinan untuk muncul dengan single baharu.

“ Saya mula mendapat keyakinan selepas single berbahasa Inggeris, Shadow mendapat perhatian pendengar. Saya kembali bersemangat untuk terus ke hadapan,” katanya.

Lagu Sumpah mengisahkan kisah dirinya sendiri yang pernah mengalami depresi beberapa tahun kebelakangan ini. 

“ Saya menggunakan pengalaman lalu untuk menghasilkan single Sumpah. Saya mahu bangkit semula dan positif bahawa lagu ini boleh diterima ramai. Saya percaya rezeki akan datang jika kita tidak berhenti berusaha,” akhirinya.

Video muzik Sumpah juga turut menampilkan pengacara dan pelakon Qi Razali. Good Luck, Aina!

SGMS Faida