Hiburan By: Khairil Khusyairi March 1, 2024 @ 8:00pm

AJL38: Aisha Retno Tak Letak Harapan Tinggi ‘Sutera’ Menang, Mahu Buat Yang Terbaik

AJL38: Aisha Retno Tak Letak Harapan Tinggi ‘Sutera’ Menang, Mahu Buat Yang Terbaik

Penyanyi Aisha Retno memaklumkan dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk menjulang sebarang trofi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Ahad ini.

Bercakap kepada XTRA, Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam yang kali pertama bersaing di pentas berprestij itu tidak tahu apakah ‘kejutan’ yang bakal ditampilkan finalis lain.

“Saya tak nak terlalu yakin apabila ramai yang memperkatakan lagu Sutera mempunyai peluang besar untuk AJL38.

“Ini kerana, saya sendiri pun tak tahu apakah senjata yang bakal dibawakan finalis lain nanti.

“Namun apa yang penting sekarang ini adalah memberikan persembahan terbaik selain memperkenalkan lagu Sutera kepada lebih ramai pencinta muzik yang mungkin tidak tahu mengenai lagu ini.

“Soal menang atau tidak saya serahkan kepada kuasa juri untuk menentukan lagu mana yang layak diangkat sebagai juara AJL38 pada Ahad ini,” katanya ketika ditemui pada sesi raptai di Axiata Arena, di sini, hari ini.

Kongsi Aisha, persiapan untuk anugerah berprestij itu kini sudah mencapai 90 peratus dan belum merasai sebarang tekanan.

“Setakat ini persiapan sudah siap sebanyak 90 peratus. Kini tinggal untuk mencantikkan persembahan saya nanti kerana bakal menampilkan 22 penari pada hari kejadian.

“Saya pun tak sabar untuk melihat apa keunikan yang bakal dihidangkan finalis lain pada hari Ahad ini.

“Saya pun masih ingat lagi kata-kata Hael Husaini yang memberitahu AJL ini adalah satu perayaan buat komposer dan penulis lirik. Jadi saya nak buat yang terbaik,” katanya.

Aisha turut memaklumkan, dia melantik penyanyi Yuka Khparisma sebagai ketua bahagian kreatif yang akan membantu perjalanannya ke AJL38 termasuk konsep persembahan yang bakal dibawakan nanti.

Untuk info, AJL 38 bakal diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Jangan lupa saksikan AJL38 jam 9 malam di TV3 dan strim secara langsung di Tonton.

Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Dua Tahun Sendiri, Amelina Bakal Kahwin?

Amelina dan bekas suaminya, Reduan Mahmood bercerai pada tahun 2016 dan menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan enam cahaya mata.

Trending Sat, 18 Jul 2020
Featured Sat, 21 Jan 2023

Cecah Puluhan Juta? Siti Nurhaliza Tampil Perjelas Spekulasi Kediaman Mewah Di Dubai

Wow betul ke puluhan juta 🤩 Haa Tokti dah jawab tu!

Featured Wed, 21 Apr 2021

Persoal Cinta Kepada Ilahi, Autotune Band Dan The Truth Tampil Menerusi Bukti

Pernah viral menerusi cover Panama versi dakwah di YouTube Malaysia, Autotune Band tampil berani mempersoalkan bukti cinta sebenar umat Islam dalam sebuah karya baru bertajuk Bukti. Bukti membawakan mesej mengenaj kecintaan kita kepada llahi. Hari […]

Trending Fri, 2 Aug 2019

Terhempas Dari Tingkat 5 PPR Kerinchi, Ada Yang Cedera

Pintu lif terbuka dan terhempas ke bawah sebelum melangkah keluar !!

Trending Thu, 10 Dec 2020
Hiburan Tue, 16 Jan 2024