Aizat Amdan Tukar Selera Sempena 2019

Sempena tahun 2019, pasti anda semua memiliki azam baru yang ingin direalisasikan.

Bagi penyanyi Aizat Amdan, dia mempunyai perancangan untuk menghasilkan album baru pada tahun ini.

“ Sudah tentu saya mahu menambah baik pencapaian untuk tahun 2019. Untuk tahun ini, saya mahu hasilkan karya lebih segar.

“ Kalau dulu peminat kenali saya dengan lagu-lagu balada atau akustik tetapi tahun ini mungkin ada sedikit kelainan. Saya mahu nyanyikan lagu yang boleh buat anda bergoyang pula,” katanya kepada XTRA ketika ditemui di konsert The Final Countdown 2019 di Mutiara Damansara, malam tadi.

Diusik mengenai soalan kahwin pada tahun ini, komposer lagu Sampai Ke Hari Tua ini tidak menafikan rancangan itu ada.

“ Doa yang baik-baik. Saya percaya semua orang ada impian untuk ke arah itu. Kalau jadi, jadilah…,” akhirinya tenang.

Sebelum ini, menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, Aizat dikatakan sedang dilamun cinta namun merahsiakan identiti gadis tersebut.

SGMS Faida