Dikritik Netizen Sebab Seksi, Apa Komen Ernie Zakri?

Gara-gara busana yang digayakannya pada konsert akhir Mentor 7 baru-baru ini, penyanyi Ernie Zakri dikritik hebat di laman Instagramnya.

Kata penyanyi Ku Bersuara itu, pandangan mengenai pakaian berkenaan akan tampak negatif sekiranya melihat dari sudut negatif.

“ Pakaian itu diinspirasi daripada tema Puteri Gunung Ledang tetapi saya tidak rasa ia keterlaluan. 

“ Pereka jadikan pakaian itu nampak lebih sopan dengan menutup bahagian dada dan lengan,” katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Pakaian yang direka oleh Amaze Atelier yang berkonsep korset dress itu dikritik ramai oleh sebilangan besar pengikut Ernie sejak Ahad lalu.

Rata-rata beranggap pakaian itu tampak tidak manis dan dilihat seksi.

Sementara itu, Ernie mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen pada gambar berkenaan.

SGMS Faida