AJL37: Excited Nak Kongsi Momen Di Sebalik Tabir, Jihan Muse Tersasul Air Purifier Jadi Air Fryer

Pengacara Jihan Muse tampil memeriahkan suasana pentas gamat Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) selepas tersasul sebelum mengumumkan persembahan daripada penyanyi Ernie Zakri.

Kejadian mencuit hati tersebut telah disaksikan oleh ribuan penonton yang hadir sewaktu pengacara itu berkongsi cerita disebalik tabir tentang Ernie bersama suaminya, Syamel.

Menurut Jihan, dia ternampak Syamel membawa Air Purifier sewaktu pasangan tersebut sampai di perkarangan Axiata Arena, Bukit Jalil itu.

“Tahu tak apa yang kita nampak masa datang sini tadi, suami dia pikul air fryer,” katanya.

Namun, perkara itu disedari oleh rakan pengacaranya Sherry Alhadad, sekali gus dirinya memperbetulkan sebutannya secara profesional.

“Suami dia nak masak apa guna Air Fryer. Tu bukan Air Fryer, tu Air Purifier,” jelasnya.

Menyedari kesalahan itu, dewan tersebut turut meraih sorakan dan tawa dari penonton di dewan berprestij itu.

Ernie telah mempertaruhkan lagu Korban sekali gus tampil dengan persembahan yang memukau seluruh penonton di pentas AJL37.

Fatin Nurain