“Akaun TikTok Saya Disekat Selama-Lamanya” – Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memaklumkan akaun Tikok miliknya telahpun disekat.

Perkara itu berlaku apabila dia kelihatan lantang mengecam dan menyuarakan pendapatnya termasuklah memberikan informasi mengenai tindakan Israel terhadap rakyat Palestin.

“Akaun TikTok saya telahpun disekat selama-lamanya,” tulisnya.

Uyaina atau nama penuhnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story nya pada Ahad.

Katanya, akaun tersebut disekat atas kesalahan melanggar garis panduan komuniti yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, sikap tidak mudah berputus asa, pengacara program Wanita Hari Ini itu memaklumkan, dia telahpun membuat akaun baharu untuk platform tersebut.

“Ya, ini saya. My original account was permanently banned. So, hi again!,” katanya.

Terdahulu, nama Uyaina menjadi bualan hangat netizen apabila kelantangannya menegur pihak ‘neutral’ mengenai isu Palestin mendapat reapons positif dalam kalangan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN:Uyaina Arshad Buka Mulut Isu Palestin, Lantang Beri Pesanan Pada Golongan ‘Neutral’ – “Selagi Mereka Tak Bebas, Kita Tak Bebas”

ARTIKEL BERKAITAN:Jatuh Pentas Ketika Sesi Raptai Punca Uyaina Arshad Bertongkat & Berkerusi Roda

ARTIKEL BERKAITAN:Uyaina Arshad Kongsi Detik Cemas Kena Tahan Di Los Angeles, Bimbang Jadi Sasaran Islamfobia – “Rasa Jantung Jatuh Ke Lantai!”

Salma Syahbuddin