Akhirnya Identiti ‘Sultan Pemurah’ Dikenal Pasti, Kantoi Ketika LIVE Di TikTok

Sebelum ini identiti ‘Sultan Pemurah’ menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen apabila dilihat sering memberikan hadiah mahal dan ‘coins’ buat beberapa selebriti dan juga pengguna TikTok yang lain.

Malah, sikap yang pemurah itu menjadikan sosok ‘Sultan Pemurah’ ini menjadi perhatian ramai pihak terutamanya mereka yang ingin mengetahui siapakah gerangan individu tersebut.

Bukan itu sahaja, ada diantara warganet yang berteka teki bahawa ‘sultan pemurah’ adalah Shuib dan anak kepada usahawan selebriti, Datuk Seri Vida iaitu  Kacak berdasarkan suara yang dimiliki.

ARTIKEL BERKAITAN:Dapat ‘Gift Singa’ Di TikTok, Netizen Terkejut Lepas Kira Gaji Ryan Bakery Untuk 1 Malam… ‘Sultan Pemurah’ Jadi Perhatian

Bagaimanapun, lelaki dermawan itu baru-baru ini telah memberikan hadiah ‘Singa’ kepada Kacak ketika anak usahawan itu sedang melakukan live di aplikasi TikTok pada Jumaat.

@sultan_tiktok_legit Sultan join live @d_masiv “kacak” anak dsv ? 😯 #fyp ♬ Big Big – Crown P

 

Namun, ramai yang mendakwa bahawa reaksi yang ditunjukkan oleh Kacak ketika menerima hadiah ‘Singa’ itu adalah lakonan semata-mata.

Bahkan, ada yang menganggap hadiah ‘singa’ itu diberikan oleh Cik B kepada Kacak untuk mengelakkan beliau dari dilabel sebagai ‘Sultan Pemurah’.

Sementara itu, dakwaan warganet terhadap ‘plan’ Cik B dan Kacak untuk menjaga privasi ‘Sultan Pemurah’ diperkuatkan lagi apabila ketika sesi live berlangsung, suara ‘Sultan Pemurah’ tiba-tiba sahaja bertukar menjadi suara perempuan.

 

Namun, dalam hantaran yang berlainan, Kacak turut dilihat menepis dakwaan yang kononnya beliau adalah ‘Sultan Pemurah’ yang dicari.

@fairuznabilah__ Reply to @ronny_wks DSV entertainment pun tengah cuba untuk bongkar. Kita pun try jugak la 😌 #sultanpemurah #sultanpemurahtakrilex ♬ original sound – BELLA | IBU AISYAA 🇲🇾

 Sebelum ini identiti ‘Sultan Pemurah’ menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen apabila dilihat sering memberikan hadiah mahal dan ‘coins’ buat beberapa selebriti dan juga pengguna TikTok yang lain.

Malah, sikap yang pemurah itu menjadikan sosok ‘Sultan Pemurah’ ini menjadi perhatian ramai pihak terutamanya mereka yang ingin mengetahui siapakah gerangan individu tersebut.

Bukan itu sahaja, ada diantara warganet yang berteka teki bahawa ‘sultan pemurah’ adalah Shuib dan anak kepada usahawan selebriti, Datuk Seri Vida iaitu  Kacak berdasarkan suara yang dimiliki.

ARTIKEL BERKAITAN:Dapat ‘Gift Singa’ Di TikTok, Netizen Terkejut Lepas Kira Gaji Ryan Bakery Untuk 1 Malam… ‘Sultan Pemurah’ Jadi Perhatian

Bagaimanapun, lelaki dermawan itu baru-baru ini telah memberikan hadiah ‘Singa’ kepada Kacak ketika anak usahawan itu sedang melakukan live di aplikasi TikTok pada Jumaat.

 

Namun, ramai yang mendakwa bahawa reaksi yang ditunjukkan oleh Kacak ketika menerima hadiah ‘Singa’ itu adalah lakonan semata-mata.

Bahkan, ada yang menganggap hadiah ‘singa’ itu diberikan oleh Cik B kepada Kacak untuk mengelakkan beliau dari dilabel sebagai ‘Sultan Pemurah’.

Sementara itu, dakwaan warganet terhadap ‘plan’ Cik B dan Kacak untuk menjaga privasi ‘Sultan Pemurah’ diperkuatkan lagi apabila ketika sesi live berlangsung, suara ‘Sultan Pemurah’ tiba-tiba sahaja bertukar menjadi suara perempuan.

 

Namun, dalam hantaran yang berlainan, Kacak turut dilihat menepis dakwaan yang kononnya beliau adalah ‘Sultan Pemurah’ yang dicari.

 

Salma Syahbuddin