Dia popular selepas dikenali sebagai Mat Salleh yang fasih berkomunikasi dalam dialek Bahasa Terengganu. Siapa lagi kalau bukan Kareef Daniel Abdullah atau komersial dengan nama Mat Dan!

Selepas hampir sembilan tahun bermastautin di negeri Terengganu, jejaka berusia 29 tahun ini akhirnya berstatus Penduduk Tetap (MyPR). Tahniah Mat Dan, Alhamdulillah…

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sewaktu merasmikan Ekspo Terengganu, semalam.

“ Kelulusan MyPR diberikan kepada Mat Dan selepas pemeriksaan Kementerian Dalam Negeri mendapati lelaki Inggeris yang berasal dari Bristol, Britain itu telah memenuhi kesemua kriteria ditetapkan termasuk sumbangan diberikan dalam mempromosikan Terengganu dan Malaysia terutama dalam sektor pelancongan,” kata Zahid Hamidi.

Menurut beliau lagi, sumbangan Mat Dan dalam mempopularkan negeri itu melayakkan statusnya diluluskan. Happy kami dengar tau.

Mat Dan berkahwin dengan gadis berasal Terengganu pada March 2017 dan memegang visa perkahwinan sebelum ini. Tahniah sekali lagi Mat Dan!

SGMS Faida