Dah lama tak nampak Dazrin Kamaruddin di kaca tv kan? Sebab itu ramai yang menganggap pelakon ini dah tak laku. Ye ke, Dazrin?

Menafikan dakwaan itu kepada Berita Harian ketika ditemui pada majlis ‘Baby Shower’ di kediamannya di Puchong Prima, Dazrin berkata,”Saya masih aktif berlakon cuma berehat sebentar untuk memberi tumpuan kepada isteri yang sedang sarat dan perniagaan.”

Haa! Jangan buruk sangka tau…Tak baik!

Selain memberikan tumpuan pada isteri yang sarat mengandung lapan bulan Dazrin juga sebuk menguruskan perniaagaan yang baharu diceburinya tiga bulan lalu menerusi Syarikat DK Collection.

Malah, kata pelakon ‘Love You Mr. Arang’ ini, beliau juga sebuk menjadi penceramah motivasi untuk pelajar universiti serta para belia usahawan di bawah program Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kelantan.

Jadi, itulah jawapannya kenapa kita jarang dah tengok Daz berlakon ya!

Dia ada tiga tugas penting  yang membuatkan masanya terhad untuk menjalani penggambaran yang memakan masa lama, katanya.

Khabar terbaharu, Dazrin yang masih aktif  menyanyi selepas muncul dengan  single duet berjudul ‘No Champion’ bersama kumpulan antarabangsa Vessbroz, sedang mencari penyanyi wanita baharu untuk diketengahkan bahkan sedang merancang menerbitkan sebuah super telefilem seram.

Dazrin, 30,  berkahwin dengan Ketua Pramugari sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi, Nur Fazulin, 34, pada  6 Mei 2016.

 

SGMS Fas