Selami Kehidupan Asnaf Dalam Akil Dan Juan

Sempena sambutan Hari Malaysia, 16 September ini, pelakon, Shukri Yahaya telah mengambil inisiatif untuk meringankan beban golongan asnaf di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam menjalankan aktiviti mulia ini, Shukri Yahaya turut mengundang rakan-rakan pelakonnya seperti Zarina Zainuddin dan Syazwan Zulkifli.

Sempena sambutan Hari Malaysia, 16 September ini, Shukri Yahaya mengambil inisiatif untuk meringankan beban golongan asnaf di sekitar Kuala Lumpur. Dalam menjalankan aktiviti mulia ini, Shukri Yahaya turut mengundang rakan-rakan pelakonnya seperti Zarina Zainuddin dan Syazwan Zulkifli. 

Buat para peminat, mereka juga dapat saksikan aktiviti-aktiviti pelakon kegemaran mereka ini dalam telefilem Akil & Juan pada hari Sabtu, 15 September pada pukul 9 malam di TV3. Telefilem yang bersifat patriotik ini turut membariskan pelakon-pelakon seperti Shukri Yahaya, Zarina Zainuddin. Syazwan Zulkifli, Boniface Uyan, dan Muhammad Shahidan Abdullah.

Telefilem ini juga mengisahkan tentang sepasang sahabat yang gigih berusaha dalam meneruskan kehidupan masing-masing. Nak tahu apakah agaknya yang bakal berlaku sepanjang persahabatan mereka? Jangan lupa saksikan kisah persahabatan unggul Akil & Juan pada hari Sabtu malam, 15 September 2018 pada pukul 9 malam di TV3

Salma Syahbuddin