WOW! Video Lipsync Depan Cermin Terima Hampir Sembilan Juta Tontonan

Comel! Aksi anak beranak membuat video lipsync dengan menyanyikan lagu Girls Like You di kamar mandi menarik perhatian netizen, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian si ibu, Trina Wesson di Instagramnya, si anak yang comel dilihat menggerakkan bibir menyanyikan lagu itu bersama bapanya. 

Telatah comel bapa dan anak ini menerima hampir 9 juta tontonan sejak dimuatnaik pada 6 Oktober lalu.

Lebih menarik, video ini turut mendapat perhatian daripada kumpulan Maroon 5 selaku penyanyi lagu berkenaan.

Bukan setakat menekan tanda ‘like’ di video tersebut, malah kumpulan popular itu turut meninggalkan komen.

“Ini sangat bagus,” tulis Maroon 5 di ruangan komen.

Si ibu, Wesson yang kini hamil anak kedua mengucapkan terima kasih di atas sambutan terhadap video itu dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang sangat luar biasa.

“Masih terkejut dengan penerimaan luar biasa orang ramai. Terima kasih, semua ini sangat ‘gila’!” tulis wanita yang kini tinggal di Oregon, Amerika Syarikat.

SGMS Faida