Categories: HiburanSelebriti

Saya Tidak Mahu Jadi Artis Kalau DiBeri Putar Balik Masa

Adi Putra sudah lama berehat dari dunia lakonan. Adi sempat meluahkan perasaan andai diundur masa Adi memilih untuk menjadi insan biasa menarik perhatian.

Menerusi Instagram, Adi memuat naik perbualan dengan ibunya mengenai jerih perit menjadi selebriti dan andai diundurkan masa, beliau mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa berbanding selebriti.

Jelas Adi, beliau sudah penat berbuat perkara baik namun masih tetap dipandang hina oleh netizen yang suka mencari kesalahan. Namun ibunya menasihati agar tidak mempedulikan kata orang asalkan Tuhan tahu apa kebaikan yang dilakukan.

. Mungkinkah Adi sudah merajuk dan berputus asa dengan industri tanah air kita?

SGMS Enal