Categories: TECHTech News

Mengembalikan Fail Yang Hilang Dengan Menggunakan Perisian Percuma

Apabila fail yang hilang pasti pening kepala. Bagaimana nak dapatkan balik fail lagi-lagi kalau fail atau data yang penting .

Ada cara mendapatkannya dengan menggunakan perisian yang percuma.

Perisian ini boleh digunakan untuk mengembalikan data pada:

  • foto/gambar (contoh: foto kamera digital)
  • muzik (cth: MP3)
  • dokumen (cth: word dan excel)
  • video (cth: rakaman digital kamera)
  • fail termampat (cth: compressed files)
  • email (cth: Thunderbird, Outlook Express, Windows Mail dan Microsoft Outlook)

Buka pelayar Internet anda dan pergi ke laman web rasmi mereka. Kemudian muat turun perisian yang bernama Recuva seperti gambar yang ditunjukkan di bawah.

Pilih Recuva – Portable supaya kita tidak perlu memasang di komputer kita.

Tunggu sehingga muat turun selesai. Ini semua bergantung kepada kelajuan talian Internet anda juga.

Lepas muat turun selesai, periksa perisian ini di bahagian Downloads kemudian ekstrak rcsetup153 dengan menggunakan 7-ZipWinZip atau WinRaR.

Saya biasanya menggunakan 7-Zip kerana program ini lebih ringan berbanding dengan WinZip dan WinRaR.

Jangan lupa untuk menyambungken pemacu pena, kad SD atau cakera keras mudah alih anda yang bermasalah ke komputer.

Klik butang OK kalau paparan seperti di bawah muncul.

Lepas siap ekstrak, klik dua kali folder rcsetup153. Kalau anda lihat gambar di bawah, ada dua nama yang hampir sama iaitu recuva dan recuva64.

Kalau anda gunakan sistem operasi 32-bit pilih recuva sahaja manakala jika sistem operasi anda 64-bit anda kena pilih recuva64.

Dalam contoh di bawah ini saya menggunakan sistem operasi 32-bit jadi kena pilih recuva sahaja. Klik kanan kemudian pilih Run as administrator.

Satu tetingkap kecil akan muncul dan anda hanya perlu menekan butang Yes.

Paparan di bawah akan muncul. Klik butang Next.

Tidak kisahlah apa jenis fail yang anda hendak recover, pilih saja All Files supaya anda tidak pening kepala nak pilih yang mana satu. Kemudian klik butang Next.

Pilih pilihan On my media card or iPod jika anda mahu mendapatkan data daripada pemacu pena, cakera keras mudah alih atau kad SD.

Lepas itu klik butang Next.

Pilih atau tick Enable Deep Scan. Proses data recovery melalui Enable Deep Scanmemang lama tapi kelebihannya banyak data anda dapat dikembalikan.

Klik butang Start untuk memulakan proses data recovery.

Bergantung kepada kapasiti media yang anda gunakan, proses mengimbas (scanning) data ini boleh memakan masa sekitar 2-3 jam.

Setelah selesai anda akan dapat melihat fail-fail anda buat kali pertama di sini. Klik butang Switch to advanced mode.

Agar proses mengembalikan data anda lebih teratur, klik butang Options… , tekan tab Actions, pilih Restore folder structure kemudian klik butang OK.

Anda boleh memilih sama ada hendak recover semua atau sebahagian sahaja data tersebut. Pastikan hanya data yang berwarna hijau saja dipilih.

Ingat.

Data yang berwarna kuning dan merah biasanya tidak boleh dikembalikan. Senang cakap, data ini telah rosak teruk. Lepas siap pilih, klik butang Recover…

Pilih lokasi data yang hendak dipindahkan. Dalam contoh di bawah ini saya memilih Desktop supaya senang saya hendak cari nanti. Lepas itu klik butang OK.

Bergantung berapa banyak fail yang anda pilih tadi, proses ini akan mengambil sedikit masa. Setelah selesai tetingkap ini akan muncul. Klik saja butang OK.

Sekarang cuba lihat semula data anda di desktop. Pastikan data yang telah dipulihkan boleh di buka tanpa sebarang masalah.

Bagaimana? Mudah bukan . Semoga berjaya !!!

Sumber: aftechcomputersolutions.com/

SGMS Enal