Aktif Menyanyi Bukan Petanda Hilang Suami

Terkejut dengan dakwaan orang ramai apabila dia dikatakan sudah berpisah dengan suaminya, penyanyi Noryn Aziz menafikan hal itu!

Akui wanita berusia 41 tahun ini, dia dan suaminya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad masih lagi bersama.

Mungkin disebabkan Noryn dilihat kembali aktif menyanyi, orang ramai membuat andaian dia sudah kembali solo. Ish, tak baik tau…

Memetik laporan Harian Metro, Noryn kembali aktif menyanyi kerana ia minat saya sejak dulu.

“ Bila sudah lama tidak menyanyi saya rasa rindu,” katanya.

Terdahulu, Noryn tampil mengadakan beberapa siri persembahan di restoran eksklusif seperti di No Black Tie dan Alexis Bistro.

“ Tidak dinafikan ada artis sudah berpisah dengan suami membuat kemunculan semula menyebabkan mereka turut menganggap saya juga begitu. Saya dan suami masih lagi bersama,” katanya.

Dalam masa sama, Noryn dalam proses menyiapkan album terbaru terbitan composer Ajai. Sebab itulah Noryn dilihat aktif mengadakan persembahan. Sama-sama kita tunggu album Noryn okay!

SGMS Faida