Alahai Comelnya…Gelagat Anak Tomok Dapat Perhatian Istana!

Wah…Nampaknya gelagat dua anak kepada penyanyi Tomok, Arrian Shah Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5, yang menyanyikan lagu sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bukan hanya menarik perhatian netizen malah perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh isteri Tomok, Rahayu Abas di Twitter baru-baru ini, Raja Permaisuri Agong turut memuji kecomelan Arrian dan Andrashah. 

“Cute nya. Dari mana ni?” titah Raja Permaisuri Agong.

Video tersebut telah mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atau lebih dikenali di media sosial @cheminahsayang apabila salah seorang pengguna twitter mention video tersebut kepada Permaisuri.

Menariknya, Raja Permaisuri Agong membalas terbabit serta memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk menjemput anak-anak comel itu ke istana.

Dalam pada itu, Tomok juga berkongsi paparan skrin tweet Raja Permaisuri Agong di laman Instagram miliknya.

“Ini betul-betul ke cubaan? Jemputan dari Tuanku Agong untuk anak-anak saya ke Istana Negara,” tulis Tomok.

Di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan berita terbabit dan berharap agar anak-anak Tomok berpeluang untuk bertentang mata dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Untuk rekod, Tomok dan Rahayu berkahwin pada 1 Julai 2011.

SGMS Faida