Mamat Ditahan Satu Ujian, Doakan Exists…

Selepas ditahan Polis di Taman Perling, Johor malam tadi, rata-rata peminat Exists bingung dengan nasib konsert Reunion kumpulan ini pada 28 September depan.

Penyanyi, Mamat dan rakannya didapati dalam keadaan mencurigakan ketika menunggang motosikal. 

Penyanyi itu juga dilaporkan ditemui dengan serbuk putih dipercayai Syabu seberat 0.42 gram di dalam dompetnya.

Dalam pada itu, komposer dan juga salah seorang anggota Exists, Ajai berharap agar peminat terus mendoakan perjalanan konsert itu nanti.

“Assalamualaikun…sememangnya kami di Exist mahukan segala yang dirancang dapat dilaksanakan.

“Ini satu ujian awal untuk kami. Kami harap para peminat akan terus mendoakan yang terbaik untuk ‘Exist Reunion’, Insha Allah,” tulis Ajai di Instagram.

Rata-rata peminat kumpulan lagenda ini memberikan kata semangat di laman Instagram Ajai.

Mamat, 41 pernah mencipta fenomena di dalam industri nyanyian dengan lagu berhantu antaranya Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara dan banyak lagi.

SGMS Faida