Berdepan Masalah Jerawat, Tawaran Persembahan Sissy Iman Tetap ‘Lebat’

Penyanyi dan pelakon Sissy Iman bersyukur tetap menerima tawaran walaupun berdepan dengan masalah kulit berjerawat pada masa ini.

Kata Sissy kepada Harian Metro, dia reda dengan ujian yang diturunkan dan akan tetap bersemangat menjalankan tanggungjawabnya.

“Saya percaya di sebalik ujian demi ujian yang diterima, ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Saya akui tahun ini pelbagai ujian dan musibah datang bertimpa yang menguji kekuatan diri.

“Walaupun kulit muka bermasalah sekarang, ada pengarah yang menawarkan saya berlakon telefilem tahun ini.

“Ketika kulit wajah cantik dulu tiada siapa pun yang mahu menawarkan saya berlakon,” kata penyanyi terkenal dengan lagu Pesanan Ayahanda ini.

Apapun katanya, dia kini tidak mahu terlalu banyak berfikir dan mahu sentiasa bersikap positif dalam hidupnya.

“Sebelum ini saya berasa tertekan dengan kulit wajah bermasalah walaupun sudah mencuba pelbagai rawatan.

“Kini, saya tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu kerana artis juga manusia biasa yang berdepan masalah kulit,” katanya.

SGMS Faida