“Alhamdulillah Sebab Viral, Itu Menandakan..” – Ini Respons Kak KM Mengenai Isu Tampar Punggung

Sebelum ini, usahawan terkenal Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memuat naik sebuah video yang memaparkan tiga lagi pengasas produk terkenal lain telah mengundang cemuhan netizen.

Video tersebut memperlihatkan Kak KM, Datuk Seri Vida, Ifa Raziah dan Cheta Potpet ‘menayang’ punggung mereka sambil ditepuk oleh anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Melampau! Hilang Maruah Seorang Wanita..” – Kongsi Aksi Goyang & Tepuk Punggung, Netizen Tegur Kak KM, DSV, Ifa Raziah & Cheta Potpet

Tidak berdiam diri, Kak KM tampil menjawab mengenai isu terbabit setelah teruk dihentam oleh rata-rata netizen yang menganggap perbuatan tersebut tidak bermaruah.

Menurutnya, Kak KM mengakui sengaja mencipta kontroversi dengan melakukan video sedemikian kerana ingin menarik pengguna meskipun sedar teruk dikecam netizen.

   

“Pertama sekali Alhamdulillah sebab viral, setiap apa yang saya buat mesti akan tarik perhatian netizen dan saya memang mengharapkan viral.

“Bila viral menandakan produk saya laku, kerana orang akan stalk saya dan ambil tahu apa saya buat, apa saya makan dan apa yang saya jual.

“Sebenarnya perkara-perkara viral yang saya buat ni suatu yang positif untuk perniagaan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kak KM turut mengakui sebagai seorang manusia biasa dia tidak akan lari daripada melakukan sebarang kesilapan.

Namun begitu, Kak KM menegaskan ibunya, Normah adalah individu yang menjadi tunggak utama dalam kehidupan seharian agar terus kuat untuk meraih kejayaan sebagai usahawan.

“Ye la, takkan la dalam hidup ni kita asyik nak buat benda jahat je kan, bila soal keluarga saya akan sentiasa utamakan.

“Saya dan adik-beradik sangat rapat dan kami akan sedaya upaya untuk bahagiakan mak saya, contohnya hari tu dah beli rumah dan kali ni akan ada lagi surprise untuk mak,” luahnya.

Sumber: Gempak

Aqilah Paharuzi