Alhamdulillah! Siti Sarah Sudah Mula Berhijab

Nampaknya mentor kepada salah seorang peserta Mentor Otai ini kelihatannya sudah mula mengenakan hijab sejak bulan Mei yang lalu. Menurut Siti Sarah Raisuddin beliau sangat selesa dengan imej terbaharunya itu.

Sarah juga berharap agar semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya, dan sentiasa istiqomah  kerana beliau masih lagi dalam peringkat meneyesuaikan diri dengan penampilan berhijabnya itu.

Sumber : instagram @sitisarah

“Sarah akui semakin selesa mengenakan tudung, walaupun agak kekok pada awalnya, terutama ketika mengadakan latihan nyanyian kerana Sarah menggunakan monitor telinga. Ada sedikit gangguan di situ. Bagaimanapun, selepas dibantu dengan pemakaian tudung yang sesuai oleh penata gaya, barulah Sarah berasa selesa. Sarah masih lagi belajar dan mencuba untuk menjadi Muslimah lebih baik. Doakan Sarah kekal istiqamah,” katanya ketika ditemui selepas menjayakan persembahan, Siti Sarah Special Showcase.

Sumber : instagram @sitisarah

Sarah bergandingan bersama suami, Shuib ketika Showcase bersama Siti Sarah baru-baru ini

Akhirnya, niat penyanyi ini untuk berhijab turut membuatkan ramai peminatnya bersyukur dengan perubahan yang dilakukan oleh penyanyi kesayangan mereka dan pada masa yang sama Sarah turut mendapat sokongan yang sangat positif daripada netizen diluar sana.

Tahniah Sarah!

Kepada peminat-peminat Siti Sarah yang terlepas peluang untuk menyaksikan episod penuh Mentor Otai 2018 bolehlah saksikan semula konsert-konsert tersebut di tonton!

 

Ditulis oleh Nik Nur Amira

Ad Ops