Yana Samsudin Tuntut Pereka Fesyen Terkenal Bayar Hutang!

” Hutang tetap hutang. Itu tanggungjawab seorang umat Islam untuk melunaskan bayaran hutang,” itu luahan pelakon Yana Samsudin yang kecewa dengan sikap seorang pereka fesyen yang masih berhutang dengannya.

Difahamkan Yana Samsudin ada meminjamkan sejumlah wang kepada pereka Zery Zamry namun selepas tiga tahun, bayarannya masih belum diselesaikan.

” Niat kita baik, nak tolong dia dalam kesusahan. Cuma tak tahulah kenapa dia menjauhkan dirinya daripada kami.

” Pada mulanya saya tak mahu panjang isu ini. Saya tak hadap pun duit itu daripadanya…tetapi ya lah, hutang tetap hutang. Benda itu kena buatkan?

” Sebagai seorang Islam, tanggungjawab saya adalah meminta kembali wang yang dipinjamkan namun terpulang kepada beliau untuk melunaskannya atau tidak, “ katanya

Sebelum ini, suami kepada Yana iaitu Fadzil Zahari mendedahkan tuntutan hutangnya terhadap seorang pereka fesyen masih belum dapat diselesaikan secara baik.

Sebaliknya, Fadzil berkata, pereka fesyen itu telah memuat naik beberapa foto lama isterinya ketika wanita itu belum berhijab dengan niat tertentu.

SGMS Faida