Ali Puteh Dakwa Jumpa Bangkai Mengkarung, Garam Kasar & Daun Bidara Depan Rumah Selepas Balu Abam Datang Melawat

Selepas isu balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali meluahkan rasa kesal apabila tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah arwah suaminya, pelawak Ali Puteh tampil membuka mulut mengenai dakwaan tersebut.

Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya sebentar tadi, dia menjelaskan rumah tersebut sudah tidak didiami selepas arwah ibunya, Sabariah Arshad meninggal dunia dua tahun lalu.

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan adalah Ali mendakwa dia menjumpai taburan garam kasar, daun bidara dan bangkai mengkarung sebaik sahaja Hidayah beredar dari kediaman tersebut sebentar tadi.

“In irumah arwah Abam, saya tidak tinggal di sini selepas ibu meninggal dunia. 

“Saya dapat tahu dari abang ipar dan adik, pagi tadi balu dan peguam datang ke sini tapi saya tidak tahu apa motif mereka.

“Saya bukan nak menyebarkan aib, tak baik. Cuma apa yang saya nampak adalah taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau tabur keliling rumah.

“Saya tak takut benda ni tapi kalau ditakdirkan saya mati sebab perkara sebegini saya reda. Tapi Islam tak pernah ajar.

“Yang paling memeranjatkan adalah jumpa bangkai mengkarung. Apa motif awak? Awak tahu kan rumah ini adik saya yang jagakan, dia ada anak kecil.

“Saya bukan nak buat fitnah, hampir tiga tahun saya tutup mulut tak nak buka aib. Apa awak cuba buat dengan ilmu khurafat?,” katanya.

 

Bagaimanapun berdasarkan pemerhatian XTRA, video tersebut telahpun dipadam oleh Ali selepas memuat naik hantaran tersebut menerusi Instagram miliknya.

Terdahulu, konflik antara Ali dan Hidayah mula menjadi perhatian umum selepas balu Abam memfailkan saman dek kerana kenyataan yang dibuatnya menerusi Instagram yang menggambarakan wanita itu sebagai seorang yang tamak.

Salma Syahbuddin