Alicia Amin Dan Nasi Lemak 50 Sen?

Model tinggi lampai, yang selalu sahaja tampil penuh kontroversi ini sekali lagi memuatnaik gambar beliau bersama nasi lemak 50 sen beserta caption yang agak sinis buat netizen diluar sana menerusi akaun instagram miliknya. Tapi, kenapa agaknya nasi lemak?

Dalam ramai-ramai yang memuji kecantikan dan ketinggian Alicia, terdapat juga netizen yang dilihat seringkali mempersoalkan tentang saiz dadanya yang dikatakan agak kecil seperti nasi lemak 50 sen.

Justeru itu, mungkin ini adalah salah satu cara Alicia menyuarakan pendapatnya mengenai isu terbabit.

Melihat kepada gambar tersebut, rata-rata followers dan rakan artis meninggalkan komen terhadap gambar tersebut.
Salma Syahbuddin