Alif Satar Buang Karakter Lelaki Romantik Demi PIA?

Sering kali membawa watak lelaki romantik di dalam drama lakonannya, pelakon Alif Satar mahu bawa perubahan untuk tahun 2019.

Kata pengacara It’s Alif! ini, dia mahu keluar dari zon selesa dengan menerima watak lebih berat. Buktinya Alif bakal tampil dengan watak lelaki kurang upaya (OKU) menerusi drama Pia.

“ Selama ini saya terikat dengan watak adaptasi novel bercorak romantis. Saya menerima tawaran daripada JS Pictures kerana lihat plot dramanya cukup menyentuh hati.

“ Malah, saya perlu buat kajian mengenai bahasa isyarat. Namun, saya beruntung kerana ibu bapa pernah mengajar cara berkomunikasi dengan golongan OKU,” katanya kepada BH Online.

Akui Alif, agak sukar menghidupkan watak dalam Pia apatah lagi dia perlu menghafal dialog Sheila bagi memudahkan komunikasi.

“Saya perlu tahu dialog yang dilontarkan Sheila melalui bahasa isyarat dan beri jawapan dalam bentuk dialog lisan,” katanya yang sudah memulakan penggambaran sejak November lalu. 

Selain Alif, drama Pia yang bakal disiarkan TV3, Ramadan depan turut menampilkan Naim Daniel, Zara Zya dan ramai lagi. -BH Online.

SGMS Faida