Aliff Syukri Bengang Pengasas Tudung Acah Alim & Kaya Hutang Berjuta – “Janji Setahun Tapi Dah Masuk 4 Tahun Tak Bayar”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa bengang terhadap seorang ahli perniagaan terkenal yang didakwa gagal melunaskan hutang mencecah jutaan ringgit.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aliff Syukri atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman mendedahkan individu tersebut sering muncul di kaca televisyen (TV) dan berperwatakan alim.

“Saya bagi ‘hint’, dia jual tudung sarung, selalu keluar TV, acah-acah alim dan kaya.

“Pejabat dekat Negeri Sembilan, tudung harga beratus…sampai beribu,” dedahnya.

Dalam pada itu, Aliff turut mendakwa individu berkenaan membuat cerita tidak benar mengenainya malah turut menyatakan terdapat bukti-bukti seperti perjanjian bertulis.

“Hutang saya berjuta tak reti nak bayar. Semua video saya rekod ya apa dia buat, acah teraniaya.

“Malah buat cerita dengan rakan-rakan saya macam saya yang bersalah. Video bukti, agreement semua ada ya. Sabar ye kak.

“Janji nak bayar setahun, ni dah masuk 4 tahun tak bayar, kereta mewah baru sempat beli, pergi umrah pakej mewah, beg prada. Hutang…sedih.

“Time nak pinjam bukan main manis minta,” dakwanya lagi.

Tambah Aliff, dia terpaksa menggunakan khidmat peguam bagi menyelesaikan permasalahan ini.

“Sebenarnya saya dah cuba hubungi dia, dah WhatsApp dah cakap baik-baik dah.

“Sampai sekarang ini saya terpaksa buat tindakan peguam,” tulisnya.

Untuk info, Aliff kini berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah Haji bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan.

Khairil Khusyairi