[VIDEO] Berdiri Depan TV Tengok Ending Drama, Shukri Yahaya Bikin 1 Malaysia Frust -“Plot Twist Teruk…”

Tular sebuah video apabila pelakon, Syukri Yahaya berdiri di hadapan televisyen semata-mata untuk menyaksikan pengakhiran sebuah drama yang dilakonkannya bersama Hannah Delisha.

Hantaran video tersebut telah dikongsi oleh isteri Shukri sendiri iaitu Tya A dnan di laman media sosial TikTok.

Drama terbabit dikatakan mempunyai jalan cerita yang mampu membolak-balikkan emosi penonton dan rata-rata penonton mengharapkan terdapat ‘plot twist’ pada pengakhiran cerita.

Babak terakhir drama tersebut menunjukkan bahawa Shukri ditinggalkan oleh isterinya (Hannah Delisha) dan terdapat penampilan khas watak Dr Khuzairi yang juga dilakonkan oleh Shukri di dalam drama 7 Hari Mencintaimu

Pengakhiran drama tersebut rata-rata mendapat sambutan penonton dan ada juga yang sedikit kecewa kerana seperti tiada kesinambungan.

“Ending dia buat aku menyesal tengok sampai habis episod.

“Plot twist teruk cerita dia

“Dr Khuzairi salah masuk drama ni. Tak pasal-pasal gaduh dengan kak Mia,” tulise netizen.

 

Namun aksi Shukri yang hanya berdiri di hadapan televisyen sehingga akhir drama itu juga membuatkan netizen terhibur.

“Nape Shuk tak masuk terus dalam skrin

“3 multiverse bertemu. Azril, Khuzairi dan Shukri,” tulis netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1.3 juta tontontan dan 114,000 tanda suka.

Izzi Farhana