Aliff Syukri Naik Angin Gara- Gara Isu K****?

Wow! Sekali lagi nama usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menjadi kontroversi apabila dikatakan ‘naik angin’ di Instagramnya.

Sebelum ini, netizen mengkritik penampilannya di sekeping foto yang dimuatnaik, baru-baru ini.

Tak mahu berdiam saja, Aliff telah membuat kenyataan untuk menjelaskan perkara itu menerusi sebuah video.

“ Boleh kena darah tinggi kalau nak puaskan hati semua orang di Instagram saya, ‘too much’ pakcik and makcik bawang, takkan lah k**ek setajam itu, peliklah manusia sekarang, suka mencari salah orang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut, Aliff menjelaskan tali seluarnya disimpan di bahagian dalam dan ia mungkin kelihatan mirip seperti kemaluan seperti yang didakwa.

Gambar tersebut menjadi bahan kritikan netizen apabila dikatakan menampakkan bentuk kemaluannya.

Difahamkan, foto berkenaan diambil ketika bercuti di Vietnam. Ye ke nampak? Hurm…

SGMS Faida