Aliff Syukri Tak Mengaku Bersalah Buat Video Sumbang

Usahawan sensasi kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sepang atas empat pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu.

Memetik laporan Kosmo, pengakuan dibuat di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Menurut Ahmad Rizki, wang jaminan yang ditetapkan adalah RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan sebutan semula kes adalah pada 25 November depan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh memuat naik empat video pendek menerusi lagu ‘Klepok Raya’ yang mengandungi kandungan sumbang masing-masing pada 13, 15, 17 dan 21 April lalu.

Oleh itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) Akta 588 dan boleh dituduh mengikut Seksyen 233 AKM di bawah akta yang sama.

Seksyen 233 menetapkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya atau boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) iaitu Fazril Sani Mohamed Fadzil.

Terdahulu, Fazril Sani memohon mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan denganjumlah keseluruhannya sebanyak RM20,000.

Namun, peguam bela tertuduh, Hasshahari Johari Mawi memohon mengurangkan wang jaminan sebanyak RM1,500 bagi semua empat pertuduhan dengan alasan perlu menanggung isteri dan lima anak.

Sumber: Kosmo

Maya Basir