Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 22, 2024 @ 12:41pm

“Allah Yang Akan Menentukan Segalanya, Saya Reda Sahaja” – Datuk Yusof Haslam

Pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam mengaku tidak lagi mempunyai pesanan yang mahu diberikan kepada anaknya, Syamsul Yusof selepas isu cerainya tular sejak Isnin.

Katanya memetik laporan Harian Metro, anaknya itu sudah cukup matang untuk membuat keputusan selain boleh berfikir secara matang.

“Zaman usia 40 tahun itu adalah usia saya ketika buat cerita Maria Mariana dulu. Bayangkan saya pun dah tua, dah 70 tahun sekarang.

“Saya nak pesan macam mana. Saya boleh kata dah lama kita pesan, benda-benda itu bagi saya, dia pun dah dewasa dan sudah berusia 40 tahun.

“Hero dan heroin saya, Awie, Erra Fazira dan Ziana pun dah jadi pakcik, makcik. Jadi, bagi saya kita serahkan pada takdir dan kita doakan yang baiklah,” katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Beri Komen Terhadap Isu Cerai Anak, Hantaran Instagram Story Patimah Ismail Raih Perhatian – “I Give Birth To You, I Love You & Always Will..”

ARTIKEL BERKAITAN:Yusof Haslam Enggan Komen Isu Cerai Anak, Mengaku Sudah Lima Tahun Tidak Berhubung – “Allahuakbar!  Kami Tak Berani Nak Komen”

Sebagai seorang bapa, Yusof hanya mampu berdoa yang terbaik buat anaknya itu dek kerana tidak mahu sebarang kenyataan yang dikeluarkan kelak akan melukakan hati mana-mana pihak termasuklah mengenai hubungannya bersama bekas isteri, Puteri Sarah.

Menurut Yusof, hubungan antara keduanya sudah berakhir, dan apa yang bakal berlaku dikemudian hari adalah atas ketentuan-Nya.

“Allah yang akan menentukan segala-segalanya. Saya reda sajalah. Saya pun tak ada suruh dia balik dengan Sarah… itu bukan urusan kita. Yang menentukan kehidupan mereka adalah mereka.

“Biar mereka buat keputusan. Cuma, saya harapkan masing-masing bawa haluan kehidupan masing-masing. Apa yang silap dibetulkan dan saya sebagai ayah, mendoakan yang terbaik buat Syamsul dan pihak sana.

“Yang sudah itu sudahlah. Sebagai orang tua, sudah tentu kita ada terasa hati apabila dia (anak) jauh dari keluarga. Tapi, saya harap dari apa yang berlaku, kita sama-sama perbaikinya sebab sebagai orang tua, kita pun tidak sempurna,” jelasnya.

Terdahulu, sumber Harian Metro mengatakan anak kepada pengarah terkemuka, Datuk Yusof Haslam itu mahu bercerai setelah tidak ada lagi persefahaman dengan isterinya.

Dan, pada Oktober lalu, timbul khabar angin mendakwa Syamsul dan Ira sudah bercerai.

Sekadar info, Syamsul dan Ira iaitu anak pelakon Kazar Saisi mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Fail Cerai, Syamsul Yusof Padam Foto Kahwin Dengan Ira Kazar Di IG?

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Kembali Rujuk & Jadi Isteri Kedua Syamsul Yusof? Ini Respons Puteri Sarah – “Takkan Terjadi, Kita Dah Move On”

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Penyiar Antarabangsa German Jalinkan Hubungan Digital Bersama Tonton

Deutsche Welle (DW) mengumumkan bahawa mereka akan menjalinkan kerjasama bersama tonton. 

Featured Sun, 5 Apr 2020

Berhati-hati beli produk kesihatan dalam talian

Perhatikan label pada kotak pembungkusan

Featured Sun, 23 Jan 2022
Trending Mon, 17 Sep 2018

Ular Pun Pandai ‘Check In’ Tau…Tak Percaya, Tengok Ni!

Situasi menjadi sedikit terkawal apabila anggota kakitangan keselamatan lapangan terbang tersebut menggunakan sebatang besi panjang untuk menangkap ular itu sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik.

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

OMG! K-pop Biggest Boy Band Is Coming To Malaysia And We Have ALL The Details

Guys, don’t miss out the chance to see Monsta X on 22nd June!

Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Khas Buat Peminat, NOAH Bakal Adakan Konsert 11 November Ini!

Dah sedia ke nak serbu NOAH tu?? Tak sabar😆😆

error: Content is protected !!